Negara kita gempar dengan kisah tragis seorang pelajar universiti tempatan diseksa dengan kejam sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital pada pertengahan tahun ini.

Ramai yang menggesa pihak polis memburu suspek kerana kejadian menimpa pelajar itu tak boleh diterima oleh masyarakat kerana terlalu kejam.

BACA: Pukul, Carut Mak Sebab Tak Dapat Duit

Sumber dari themalaymailonline.com

Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), allahyarham Zulfarhan Osman, 21 tahun, meninggal dunia di hospital Serdang pada 1 Jun lepas akibat diseterika menggunakan seterika wap di dada, tangan dan kaki.

Seramai 19 orang pelajar UPNM dipercayai terlibat dalam kejadian menyayat hati itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan mengaku tak bersalah.

Sumber dari freemalaysiatoday.com

Tertuduh yang berusia 21 tahun adalah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany, dan Mohamad Syazwan Musa.

Manakala tertuduh lain ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali juga membuat pengakuan sama di depan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Sumber dari bharian.com.my

Menurut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu bagi mendapatkan pengakuan dari mangsa mengenai kecurian komputer riba atau laptop.

Mereka didakwa melakukannya di bilik 03-05 Blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei lepas dan di bilik 04-10, asrama sama, antara 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei lepas.

Berikutan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bukan itu sahaja, Abdoul Hakim turut didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman sama atas pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat, masa dan tarikh sama.

Oleh itu, mahkamah menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Diharap pihak berkuasa dapat mencari dalang di sebalik kes ini dan dapat menegakkan kebenaran membela nasib arwah Zulfarhan Osman.

ARTIKEL BERKAITAN:
Hentak Kepala Cikgu Kerana Mencuri
Ini Kisah Lelaki Penyabar Berbaju Biru

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Midin Dan Gula Apong Di Sarawak