Ketinggian seorang pemain bola jaring negara kita nyata mencuri tumpuan media yang hadir menyaksikan perlawanan bola jaring. Gadis ini juga merupakan merupakan penjaring utama dalam pasukan bola jaring Malaysia semasa perlawanan menentang Brunei pada Selasa lepas.

BACA: Polis Cantik Di Sukan Sea Jadi Perhatian

Norashikin Kamalzaman diberi peluang beraksi penuh masa seterusnya memastikan kemenangan milik Malaysia ketika menentang pasukan Brunei. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Norashikin yang anda perlu tahu iaitu:

1. Ketinggian luar biasa

Dia yang mempunyai ketinggian 186cm ternyata mempunyai kelebihan di atas ketinggiannya yang luar biasa itu apabila bermain bola jaring. Pihak lawan pasti sukar untuk melepasinya kerana ketinggiannya yang lebih tinggi daripada pemain-pemain lain.

2. Umur

Selain itu, gadis tinggi ini berusia 23 tahun dan berasal dari Temerloh, Pahang. Dia mempunyai peluang cerah untuk menjadi pemain bola jaring hebat kerana usianya masih muda.

3. Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil

Sebelum masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada tahun 2007 hingga 2011, Norashikin telah bermain bola jaring di peringkat sekolah sejak tahun 2005 sebelum mendapat tawaran ke SSBJ.

4. Wakil negara sejak 2008

Sejak dahulu lagi, dia telah terpilih untuk mewakili negara dalam pasukan bola jaring pada tahun 2008 dan berharap untuk menjadi penjaring terbaik dalam pasukannya.

5. Telah menjaringkan 80 gol di Sukan SEA 2017

Untuk pengetahuan anda, jaringan terkumpul daripada Norashikin setakat tiga perlawanan di Sukan SEA ini adalah sebanyak 80 gol. Tidak hanya berhenti setakat itu, gadis ini berazam untuk menambah hasil jaringannya sehingga ke perlawanan akhir.

Diharap semua atlet negara mempunyai azam dan semangat yang kuat untuk mendapatkan emas dan kami sebagai rakyat Malaysia sentiasa menyokong anda. Malaysia boleh!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu!