Bangsa Melayu sangat terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Semasa berkomunikasi, orang Melayu cenderung untuk menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan dan melukakan hati orang yang dilawan bicara.

Oleh itu, kiasan seperti peribahasa dan pantun memainkan peranan untuk mewarnai suasana komunikasi. Peribahasa, iaitu susunan percakapan yang pendek, yang telah melekat di mulut orang ramai sejak turun-temurun.

Pengguna istilah makanan pada sifat manusia sudah lama digunakan sejak dahulu lagi. Sebagai contoh penggunaan buah yang melambangkan sifat atau peribadi seseorang banyak digunakan pada pantun atau kiasan.

Namun istilah seperti ini telah berubah mengikut peredaran masa. Buah-buhan seperti jambu telah digunakan sebagai merujuk pada sifat seseorang. Ini antara 5 buah dan makanan yang digunakan oleh kebanyakan generasi sekarang bagi merujuk pada sifat atau perilaku sesorang.

1. Jambu

Jambu adalah sejenis buah-buahan tropika yang banyak ditanam di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis jambu dan antara yang paling popular adalah jambu batu yang terkenal dengan khasiat dan sangat enak.

Namun, jambu selalu dirujuk sebagai melambangkan sifat atau penampilan seseorang sebagai contoh ‘lelaki atau wanita yang berwajah jambu’ membawa maksud sesorang yang mempunyai rupa yang menawan.

Penggunaan perkataan jambu sebagai merujuk rupa paras seseorang ini sangat meluas digunakan.

Dalam carian internet satu lawan web yang dikenali sebagai Urban Dictinory telah membrikan maksud jambu serta penggunaan ayat yang sering digunakan.

2. Pisang

Penggunaa perkataan pisang atau pishang ini sudah digunakan sejak tahun 2014 dan terus menular hingga sekarang. Pada awal kemunculan perkataan pishang telah menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Rata-rata netizen tidak memahami maksud sebenar perkataan pishang atau pisang. Namun ia digunakan secara meluas di media sosial seperti di Tiwiter, facebook dan juga aplikasi wechat.

Difahamkan maksud sebenar perkataan pisang atau pishang ini adalah melambangkan sesuatau yang bosan atau sesorang yang sedang bosan. contoh ayat “pishang sungguh hari ini”

3. Bawang

Sejak akhir-akhir ini perkataan membawang menjadi begitu popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia bukan sahaja diperkatakan oleh golongan remaja, malah turut menjadi bahasa basahan dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Media sosial, seperti Twitter, Whatsapp, Facebook dan Instragram turut tidak ketinggalan menggunakan perkataan ini.

Media cetak, seperti akhbar juga memaparkan tajuk berita yang menggemparkan yang turut menggunakan perkataan membawang sebagai tajuk utama bagi menarik perhatian pembaca untuk membaca berita dan artikel yang disiarkan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bawang ialah sejenis tumbuhan (bebawang) yang umbinya dimakan. Membawang pula merupakan bahasa kiasan yang merujuk makan bawang atau marah.

Perkataan membawang didefinasikan sebagai bercakap dengan mengisahkan khabar atau hal yang buruk atau umpatan tentang orang lain di belakang; bergosip; berbicara atau berdesas-desus tentang seseorang; mengumpat.

Walaupun kelihatan seperti ‘berita terkini’, semua perbuatan itu sebenarnya umpatan. Namun begitu, bagi sesetengah orang, sebarang aktiviti tidak akan bermakna tanpa membawang, istilah yang dipopularkan oleh netizen bagi perbuatan mengumpat.

Membawang bukan bererti memfitnah perkara yang tidak benar, sebaliknya sama dengan definisi ghibah atau mengumpat yang dilarang dalam Islam, iaitu terhadap perkara yang tidak disenangi walaupun benar, seperti ketinggian atau berat badan seseorang.

Namun sejarah mak cik bawang merujuk golongan wanita yang datang untuk bergotong-royong membantu sesuatu majlis kenduri. Sambil duduk memotong bawang, mereka gemar bercerita serta mengumpat antara satu sama lain.

Pelbagai cerita akan keluar ketika mengopek bawang, bermula daripada cerita peribadi, jiran tetangga sehinggalah cerita artis dalam dan luar negara. Mereka mengupas dan mengulas isu ke isu.

Jika suatu masa dahulu kegiatan membawang terhad kepada aktiviti tertentu, kini aktiviti membawang ini mula tular dalam media sosial dan masyarakat lebih suka membawang di internet kerana mempunyai pengikut yang banyak.

4. Kunyit

Seperti bawang, kunyit juga mempunyai maksud tertentu bagi melambangkan peribadi atau perilaku manusia. Penggunaan perkataan kunyit ini juga tular sejak tahun 2015 lagi.

Menurut Urban Dictionary perkataan kunyit merujuk kepada golongan lelaki yang menyukai kaum sejenis atau gay.

5. Sotong

Seperti kunyit, sotong juga membawa maksud tertentu dan ia menggambarkan seorang lelaki yang berwatak lembut.

Namun sotong juga dirujuk sebagai sejenis tarian yang sering dilakukan oleh golongan remaja, tarian ini juga digelar tarian ‘raver’

Menurut Urban Dictonary, sotong membawa maksud keliru atau tidak tahu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang

Sumber: KlikWebDBP, UrbanDictionary, ResearchGate