Hidangan nasi dagang biasanya disinonimkan dengan negeri Terengganu atau negeri Pantai Timur yang lain namun nampaknya hidangan ini turut terkenal di pulau lagenda, Langkawi.

BACA: 7 Lokasi Popular ‘Shopping’ Baju Raya

Antara warung yang terkenal dengan hidangan nasi dagang ini adalah Warung Pak Malau yang terletak di Kampung Bukit Temin, Jalan Makam Mahsuri.

Warung ini diusahakan oleh Jamaludin Hashim, 63, atau lebih mesti dipanggil Pak Malau dan isterinya Zuhariah Daud, 58.

Oleh itu kami kongikan beberapa perkara menarik mengenai Warung Nasi Dagang Pak Malau ini seperti yang dilaporkan BH Plus.

1. Rasa seperti di Terengganu

Gambar: Jomjalan.my

Menurut pelanggan yang berkunjung ke warung ini, nasi dagang yang disajikan tidak kurang kalahnya dengan rasa nasi dagang asli yang biasa ditemui di Terengganu.

Ini kerana setiap hari, isteri Pak Malau akan menyediakan sendiri nasi dagang tersebut dan beliau berpengalaman dalam mengusahakan perniagaan makanan sebelum ini.

2. Pelbagai jenis lauk pauk

Di warung ini nasi dagang bukan hanya disajikan bersama gulai ikan tongkol bahkan turut pelbagai pilihan lauk pauk yang lain seperti kurma daging, gulai ayam kampung serta daging kerutub yang istimewa.

3. Pemandangan yang cantik dan aman

Gambar: dhiastuff.blogspot.com

Antara tarikan lain pelancong untuk ke warung ini adalah ia terletak di tepi sawah padi yang luas terbentang.

Walaupun Pak Malau bukanlah anak jati Pulau Langkawi dan atas sebab tertarik dengan ketenangan dan kehidupan suasana kampung di sini, pada tahun 2012 beliau membeli sebidang tanah dan memulakan perniagaan warung.

4. Tuan kedai yang peramah

Gambar: pienkcat.blogspot.my

Pak Malau juga terkenal keramahan dan kemesraan beliau melayan para pelanggan yang berkunjung ke warungnya pada setiap hari.

Perkara ini sedikit sebanyak menjadikan pelanggan rasa senang untuk ke warung ini.

5. Terdapat perkhidmatan inap desa

Gambar: tripadvisor

Terletak betul-betul disebelah warung ini, Pak Malau juga mempunyai perkhidmatan inap desa bagi sesiapa ingin merasai suasana kampung di sini.

VIDEO:Resepi Popia Horlicks

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram