Selasa ini, merupakan sambutan Hari Deepavali buat mereka yang beragama hindu. Jadi sebagai rakyat yang hidup di dalam negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama, sudah tentu kita juga turut merayakannya.

Tapi pasti ramai diantara anda yang tidak tahu apa sebenarnya perayaan Deepavali. Kami senaraikan fakta menarik tentang perayaan Deepavali.

BACA: Tahun 2019: Tiada Lagi Bazar Jalan TAR, Masjid India

1. Deepavali cuti umum di semua negeri kecuali Sarawak

Foto: TheMalaysianTimes

Ramai yang tidak tahu, walaupun perayaan Deepavali sama penting seperti perayaan besar lain, tetapi negeri Sarawak dikecualikan dari cuti umum.

2. Lampu adalah simbolik ilmu atau ‘Cahaya Dari Dalam’

Diwali adalah perayaan cahaya yang dianggap dapat ‘menghalau kejahilan’ dan menghapuskan dosa yang mereka lakukan dalam kehidupan seharian. Ia adalah pesta cahaya yang bakal memberi sinar baru kepada mereka. Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.

3. Kolam atau Rangoli Ucapan Selamat Datang

Tepung beras yang digunakan dalam Kolam bukan sahaja ucapn selamat datang kepada tetamu, malah untuk menarik burung dan makhluk-makhluk kecil yang lain untuk makan. Ia adalah simbol keharmonian dan kemakmuran.

4. Beli pakaian baru, bersihkan rumah dan pasang lampu

Sama seperti perayaan laun, mereka akan membersihkan rumah dan menghias dengan lampu. Mereka juga akan memakai pakaian baru untuk Diwali.

5. Pagi Deepavali mandi minyak bijan

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat.

6. Nama lain bagi Deepavali

Ramai yang tidak tahu nama lain bagi perayaan Deevalai ialah Diwali, Divali atau “Festival of Lights”.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥