7-Eleven di Bangkok sememangnya meriah dengan menjual pelbagai makanan menarik yang sudah siap dimasak segar pada setiap hari sehinggakan pelancong juga sering berulang-alik membeli makanan di kedai serbaneka itu.

Kebanyakan kedai serbaneka 7-Eleven merupakan kedai serbaneka layan diri ataupun self-service tetapi tidak di sebuah 7-Eleven Bangkok, Thailand.

BACA: 7-Eleven Indonesia Bakal Tutup Operasi

Sumber dari Fb Kongwarit Aoo Srikot

Pekerja kedai serbaneka 24 jam itu akan memasak telur dadar untuk anda jika anda ingin membelinya yang didatangkan bersama set nasi putih.

Lokasi 7-Eleven itu berdekatan dengan Bangkok Metropolitan Administration General Hospital in the Old Town, lapor Coconuts.

Sumber dari Fb Kongwarit Aoo Srikot

Menurut seorang pengguna laman sosial Facebook dari Thailand, Kongwarit Aoo Srikot berkata, telur dadar itu berharga THB29 (RM3.66) satu, manakala anda akan dicaj THB6 (RM0.75) jika anda mahu tambah sosej.

Bahkan, Kongwarit turut menyatakan tekstur telur dadar dijual di kedai serbaneka 24 jam itu sedikit cair namun rasanya tetap menyelerakan.

Sumber dari Fb Kongwarit Aoo Srikot

Beberapa pengguna laman sosial berasa kasihan kepada pekerja 7-Eleven cawangan itu kerana kerja mereka bertambah walaupun kerja sedia ada sudah terlalu banyak untuk dilakukan.

Tambahan pula, menu terbaru itu hanya boleh didapati di satu cawangan sahaja buat masa ini iaitu di Bangkok. Namun, ia boleh didapati di cawangan-cawangan lain dalam Thailand jika menu tersebut mendapat permintaan ramai.

Sumber dari Fb Kongwarit Aoo Srikot

Menu terbaru 7-Eleven Thailand itu menjadi tular setelah Kongwarit memuat naik beberapa keping gambar di akaun laman sosial Facebook miliknya yang menunjukkan pekerja 7-Eleven sedang memasak telur dadar untuk pelanggan mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki