Tinggal seminggu lebih lagi sebelum kita semua menyambut hari raya Aidilfitri. Ada juga yang sudah mengambil cuti bermula hari ini sehingga raya untuk pulang ke kampung halaman.

Malah, ada juga sedang giat mencari baju raya kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anda dapatkan baju raya yang diidam-idamkan.

BACA: 7 Juadah Wajib Ada Di Pagi Raya

Jika anda tidak tahu di mana mahu mencari baju raya yang cantik, kemas dan berpatutan, anda boleh la berkunjung ke tujuh lokasi popular di bawah ini untuk beli baju raya anda sekeluarga.

1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

Sumber dari youtube.com

Jalan TAR menjadi pilihan utama rakyat bandar yang inginkan pakaian cantik dengan harga yang berpatutan. Ini kerana pelbagai kedai dibuka termasuklah pakaian, makanan, aksesori dan sebagainya sepanjang bulan Ramadan untuk rakyat bandar mencari baju raya sehinggalah pada malam raya.

2. Jakel Mall

Sumber dari mohdzarin.com

Bagi anda yang ingin beraya bersama koleksi pakaian jenama selebriti, anda pasti terpukau jika pergi ke Jakel Mall, Kuala Lumpur kerana di sini mempunyai pelbagai pilihan baju raya jenama selebriti popular.

3. PKNS Bangi

Sumber dari sinarharian.com.my

Kawasan Bangi turut menjadi sesak apabila tiba hujung minggu disebabkan ramai penduduk Bangi mencari baju raya di PKNS Bangi kerana dekat dan mempunyai pelbagai pilihan menarik.

4. PKNS Shah Alam

Sumber dari mama.nuraina.com

PKNS Shah Alam turut menjadi tempat pilihan di saat raya semakin tiba. Di samping pelbagai baju raya yang dijual, terdapat juga barangan lain seperti aksesori pakaian, kasut, tudung dan sebagainya.

5. Plaza Masalam

Sumber dari cikanotx.blogspot.my

Shah Alam merupakan ‘lubuk’ membeli belah kerana mempunyai banyak pusat membeli belah. Di Plaza Masalam juga terdapat beberapa kedai menjual pakaian raya yang menarik untuk anda.

6. Plaza Alam Sentral (PAS)

Sumber dari abdi.ro

Selain itu, PAS juga menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat banyak booth menjual baju raya yang cantik serta harga yang berpatutan.

7. Jalan Masjid India

Sumber dari pinterest.com

Jalan Masjid India ini berdekatan sahaja dengan jalan TAR, di mana anda boleh mencari baju raya untuk keluarga di satu tempat yang sama. Malah, ia juga sama sibuk seperti jalan TAR kerana menjadi tumpuan warga kota membeli belah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!