Menikmati makanan sambil menikmati keindahan semulajadi adalah satu aktiviti santai sangat menarik untuk dilakukan setelah penat bekerja dan secara tak langsung ia dapat menenangkan fikiran serta mengeratkan hubungan bersama yang tersayang.

BACA: Pengasas Satay Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia

Mengabungkan kedua-dua elemen tersebut, sebuah kafe bertemakan rakit terapung di atas sungai telah dibuka di Kampung Padang Stang, Kerunai, Gerik, Perak.

Gambar: grik.pm1i

Mungkin agak jauh bagi yang berada di bandar namun Castella Cafe ini mempunyai keunikannya tersendiri yang membuatkan para pelanggan tak putus-putus mengunjungi kafe ini.

Oleh itu kami kongsikan 7 perkara menarik tentang berakit ini.

Gambar: mStar Online

1. Pelanggan dapat merasai pengalaman menjamu selera makan di atas rakit di tepi sungai yang sejuk dan menyegarkan.

Gambar: mStar Online

2. Menyajikan masakan kampung yang mengikut citarasa orang tempatan dan dihidangkan dalam bekas buluh.

Gambar: Mediapermata

3. Rasa asli makanan dijamin kerana ia dimasak dalam kuantiti yang sedikit mengikut jumlah tempahan dan hanya terhad untuk 150 pelanggan/hari.

4. Menu istimewa kafe ini adalah menu ikan sungai yang segar seperti sebarau, baung, kelah, lampam dan tenggalan. Chef akan memberi cadangan yang masakan yang sedap dengan ikan tersebut.

Gambar: mStar Online

5. Harga makanan yang berpatutan dengan harga bermula RM100-RM200 dan ia boleh dimakan seramai tiga ke enam orang untuk per set hidangan.

Gambar: mStar Online

6. Dekorasi buluh menjadi tema bagi kafe ini dan ia menimbulkan mood santai bagi pegunjung yang datang.

Gambar: mStar Online

7. Perkhidmatan homestay turut disediakan bagi pelanggan yang ingin bermalam dengan harga RM50 sahaja.

VIDEO: Roti Telur Cheese Power Bak Hang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram