Hari ini merupakan hari tangisan buat seluruh Malaysian, anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN).

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih di atas pemergiaan wira negara itu dan memberikan ucapan takziah serta kata-kata semangat buat keluarga awrah termasuk pemimpin negara dan selebriti. Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

BACA: Bomba: “Belum Sempat Keluar, Kami Sudah Diserang”

Keadilan pasti terbela

View this post on Instagram

‪Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Saya teramat hiba mendengar pemergian sdr Muhammad Adib. Beliau merupakan seorang wira Takziah diucapkan buat keluarga termasuk tunang beliau, sahabat handai dan seluruh warga Bomba Saya mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh Adalah penting buat masa ini untuk seluruh warga Malaysia bersatu hati mengecam perbuatan jenayah ini Kita harus ingat bahawa ini bukan isu agama mahupun soal perkauman, akan tetapi ini merupakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah yang tidak berperikemanusian Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi Seluruh rakyat Malaysia berkabung kerana jenayah kejam ini tetapi biarlah proses undang-undang berjalan dengan lancar Keadilan pasti terbela.

A post shared by Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail (@drwanazizah) on

Hari duka buat rakyat Malaysia

View this post on Instagram

HARI DUKA BUAT RAKYAT MALAYSIA Telah kembali ke rahmatillah Muhammad Adib Mohd Kassim, sebagaimana yang telah disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum atas pemergian insan yang dikasihi ini. Sememangnya ini saat yang berat untuk ditanggung namun kami berdoa agar dikurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarganya. Kepada warga @bomba_malaysia , kami amat bersimpati atas beberapa musibah yang menimpa sebelum ini, termasuklah pemergian Muhammad Adib. Semoga almarhum diampun dosanya dan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh Allah SWT atas sumbangannya menjalankan tugas demi keamanan negara sehingga terkorban nyawanya. Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya tragedi ini tidak tamat di sini sahaja. Ianya patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya. اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ Akhukum fillah, S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on

Hari tangisan buat seluruh Malaysia & seluruh insan didunia

View this post on Instagram

Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan didunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim..anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia. Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya..bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada. Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu..yaAllah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya..sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.. Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia..anggota bomba nak padam api kena begini…bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan. Pembunuhan kejam..terbuka. setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini.. Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu. Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti..-ebitlew #adib #justiceforadib #syahid #IslamSyahid

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

❤️ U buat Hero dan Wira kita .

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

 Memang betul ajal nya dah sampai tapi..

Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan