Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai adik ‘Mengantuknya Mumia’ yang bukan sahaja viral di Malaysia malah turut menjadi perhatian di negara Indonesia. Ramai yang cair dengan kecomelan adik tersebut yang dikenali sebagai Isabelle.

Kanak-kanak berusia 7 tahun berasal dari Sarawak itu viral di media sosial sehingga dijemput ke program MeleTOP bersama hos Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad. Lebih beruntung, adik Isabelle dapat bertemu dengan pencipta lagu ‘Mengantuknya Mumia’.

BACA: ‘Aishah London’ Belajar Bahasa Inggeris Sendiri Sejak Usia 3 Tahun

Apa yang menjadi perhatian sewaktu program tersebut adalah adik Isabelle sangat petah berbahasa Inggeris. Apabila ditanya oleh Sherry adakah dia memahami apa yang dibualkan oleh mereka, Isabelle berkata dia tidak memahaminya.

Seperti sudah dijangka, timbul komen netizen yang mengecam kanak-kanak tersebut yang tidak pandai berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, ada seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kecaman yang dilemparkan kepada adik Isabelle. Kata netizen tersebut, kanak-kanak itu baru saja berusia 7 tahun dan berbangsa Iban.

Katanya lagi, kita sepatutnya berbangga dengan bakatnya dimana di usia masih muda adik Isabelle petah berkata-kata dalam berbahasa Inggeris.

Ada saja serba tak kena di mata netizen sehinggakan semua perkara dipandang negatif. Lagipun adik Isabelle masih kecil dan tidak semua kanak-kanak mampu berbahasa Inggeris petah sepertinya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱