Baru-baru ini tular di media sosial mengenai boba menjadi keras selepas di biarkan di atas lantai. Susulan itu ramai yang takut untuk membeli minuman popular itu lagi.

Ramai yang tertanya-tanya adakah benar boba akan mengeras dan tidak selamat untuk diminum. Malah timbul spekulasi jika ianya mengeras dilantai pasti ia akan mengeras jika di dalam perut.

BACA: Boba Pearl Tiada Nutrisi, Hanya Kalori & Karbohidrat Sahaja!

Berikutan isu tersebut, seorang pengguna Facebook, Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia telah tampil memberi penjelasan mengenai mengapa boba yang didakwa dua wanita itu menjadi keras seperti batu.

Menurutnya boba dibuat dari tepung ubi dan komponen utamanya adalah kanji. Boba yang berulang-ulang dipanas-sejuk akan menjadi lebih keras kerana penyusunan semula (rearrangement) struktur molekul kanji berlaku.

Jelasnya lagi, boba tidak akan menjadi keras di dalam perut seperti yang didakwa di dakwa di dalam video kerana dalam perut kita mengandungi cecair.

BEBOLA BUBBLE KERAS SEAKAN BATU? Tular satu video berdurasi 1.07 minit berkongsi mengenai air bubble tea yang dibuang…

Posted by Fatimah Salim on Selasa, 24 September 2019

Dalam perut taklah jadi keras macam tu..

Pernah beli bebola bubble yang belum dimasak? Keras kan? Tapi taklah sekeras yang sudah direbus dan kering semula. Sebenarnya bebola bubble yang berulang-ulang dipanas-sejuk akan menjadi lebih keras kerana penyusunan semula (rearrangement) struktur molekul kanji berlaku. Ini menyebabkan ikatan antara struktur kanji makin padat yang mana terlihat dari fizikalnya yang mengeras.

Namun dalam perut taklah jadi keras macam dalam video tu. Sebab dalam perut kita ada cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia semulajadi (aka enzim, hormon, asid, alkali…) yang bertungkus lumus menjalankan proses penghadaman. Cuma ianya akan mengambil masa yang lama sedikit untuk dihadam.

Kunyah lama-lama untuk bantu proses penghadaman

Nak membantu proses penghadaman bebola bubble ini, maka kunyahlah lama-lama. Aktiviti mengunyah lama-lama ini akan mengecilkan saiz bebola bubble, memberikan ruang dan masa yang cukup untuk enzim dalam air liur berinteraksi dengan struktur kanji. Ini akan memudahkan proses pencernaan seterusnya dalam sistem penghadaman.

Paling penting kandungan gula

Dan yang paling penting, mohon ambil peduli kandungan GULA dalam minuman jenis ini. Makan dan nikmatilah… Namun bersederhanalah. Ketahui tahap kesihatan semasa anda. Ingat, segala yang berlebihan membawa mudarat!

Apa pun diharap penjelasan daripada pakar ini dapat menjawab segala dakwaan menegenai minuman kegemaran ramai itu. Paling penting, berpada-padalah dengan pengambilan minuman tersebut dan jangan berlebihan.