Jika sebelum ini nasi lemak pernah dihasilkan menjadi ais krim, jangan terkejut jika ada hidangan lain juga dijadikan sebagai ais krim.

Rasanya ramai dah bosan dengan perisa ais krim ‘biasa’ yang berada dipasaran. Namun di Kota Kinabalu, Sabah, tiga usahawan muda ini cuba mencari kelainan dengan menghasilkan perisa ais krim yang luar biasa. Mungkin ada yang berpendapat ianya seperti tidak masuk akal.

BACA: Aiskrim Perisa Maggi Kari Kini Di Jerman

Siapa sangka tiga usahawan muda ini iaitu Yapp Khin Enn, Yapp Shin Enn, dan Jude Limus menghasilkan ais krim perisa di luar jangkaan anda seperti asam laksa, daging salai dan kuning telur masin.

“Idea tersebut datang sewaktu saya belajar di Australia. Banyak makanan yang saya mahu makan tapi ianya terlalu mahal, jadi saya buat eksperimen sendiri dan hasilkan makanan sendiri.

“Apabila kembali ke Malaysia, cuaca sangat panas, jadi saya cuba mengubah semua idea itu menjadi makanan sejuk,” jelas Yapp Khin Enn.

Jenama keluaran mereka iaitu Pops and Pints itu juga turut memperkenalkan perisa unik lain seperti mangga bersama raspberi yang dicampur dengan santan dan ais krim perisa wasabi.

Omnomnomnom!!!!!!!!!!!! Have you got your ice cream fix? 📷 : @shelenning

A post shared by Pops and Pints (@popsandpintsofficial) on

Menurut Shin, apa yang menyeronokkan ialah melihat reaksi pelanggan mereka menikmati keunikan ais krim tersebut. Kata mereka lagi, ada yang ragu-ragu, namun mereka menerima respon positif daripada pelanggan.

Buat masa ini ais krim tersebut di jual di KK Joe Sun, Ampersand Specialty Coffee & Co-workplace, dan Crack Inc serta melalui media sosial.

Jika dilihat pada ais krim Asam Laksa tersebut, siap ada timun dan cili. Bagaimana agaknya rasa ais krim tersebut? Agak-agak ramai tak yang teringin nak cuba?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati! 🔥 🔥 🔥