Buat pasangan suami isteri, sudah tentu mereka mengimpikan cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangga. Ada yang baru 2-3 bulan berkahwin sudah menerima khabar berita bakal menimang cahaya mata. Namun ada juga yang mengambil masa bertahun lamanya untuk dikurniakan anak.

Seperti perkongsian daripada Puan Norfatin ini, selama 7 tahun menanti, akhirnya dia akan menimang cahaya mata selepas usahanya untuk menurunkan berat badan dan berhenti makan makanan segera membuahkan hasil.

BACA: Kajian: Tak Semua Makanan Proses Bahaya

Menurut wanita ini lagi, dia dan suami tidak pernah berputus asa untuk menanti kehadiran cahaya mata dan perkongsian ini juga boleh dijadikan panduan buat mereka yang turut dalam usaha memperolehi anak.

Suami tidak pernah mengeluh & tidak pernah terasa hati

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah.
Insan yang bergelar suami kaktin ini, tidak pernah mengeluh atau kecewa di saat kami masih menanti kehadiran cahaya mata. Insan ini tidak pernah berputus asa malah sentiasa beri sokongan pada kaktin bila kaktin sedih setiap kali check upt hanya 1 line sahaja. Insan ini tidak pernah terasa hati kalau ada yang tanya, tak nak anak lagi ke? Percayalah, insan ini memang sukakan budak2, kalau tak, dia tak akan jadi kesayangan anak2 buahnya. Malah insan ini tidak pernah sesekali memaksa kaktin. Kami percaya akan takdir yang Allah aturkan buat kami.

Menurut Norfatin, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang terbaik untuk dirinya. Suaminya sangat sukakan kanak-kanak dan mereka percaya semuanya sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Pernah jalani IUI tapi tidak berjaya, doktor suruh turunkan berat badan

Setelah 7 tahun penantian kami, Allah pinjamkan nikmat untuk kami mendapat berita gembira ini. Mengalir air mata kegembiraan insan ini. Berita yang tidak disangka, sebab kaktin pernah menjalani iui sekali pada tahun 2016 tapi tidak berjaya. Doktor pun dah byk kali suruh kaktin turunkan berat badan tapi kaktin tidak berjaya jugak. Lepas tu kami break dari rawatan.

Nekad jaga kesihatan, kalau dulu peti ais penuh dengan frozen food

Awal tahun ini adalah titik perubahan pada kami. Kami nekad untuk menjaga kesihatan dengan mengamal diet kalori dan eat clean. Kalau dulu, peti ais penuh dengan frozen food mcm nugget, sosej, fries. Kini, kami berjaya tinggalkan semua makanan tersebut. Aktiviti dating pun bertukar kepada hiking, jogging dan zumba. Fokus kami memang untuk sihat dan Alhamdulillah, tanpa disangka buat pertama kali Kaktin tgk double line bila check upt. Kandungan Kaktin masih baru dan harapnya my precious baby ini mendapat doa dari semua. Doakan kandungan kaktin kuat dan sihat ye. 😊

Kaktin doakan jugak semua kenalan kaktin yang masih menanti dan berjuang macam kaktin dlu, dimurahkan rezeki zuriat jugak. InsyaAllah janji Allah itu pasti.

Kata Fatin lagi, dia dan suami nekad untuk amalkan cara hidup dan pemakanan sihat. Tidak menyangka, perubahan baru itu memberikan khabar gembira buat mereka.

Buat mereka yang masih lagi menanti cahaya mata, jangan berputus asa untuk dikurniakan zuriat sendiri. Semoga perkongsian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥