Jika ada yang mengatakan semakin ramai rakyat Malaysia hidup susah, menurut kaji selidik ini pula lain ceritanya.

Menurut Laporan Kejayaan 2018 Knight Frank, jumlah rakyat Malaysia yang amat kaya naik sebanyak 11 peratus kepada 310 orang pada tahun lepas berbanding 280 orang pada 2016 daripada 31.19 juta penduduk.

BACA: Ini Jumlah Kekayaan Jeff Bezos, Kalah Bill Gates

Individu amat kaya ini dilaporkan mereka yang memiliki aset bersih sebanyak lebih kurang AS$50 juta (RM193.35 juta).

Laporan itu juga turut meramalkan, penduduk amat kaya di Malaysia akan melonjak sebanyak 65 peratus kepada 510 orang dalam tempoh 2017 hingga 2022.

Menurut laporan tersebut, golongan rakyat Malaysia yang amat kaya ini mengutamakan aset yang kurang berisiko, dengan 44 peratus daripada mereka membuat pelaburan dalam sektor hartanah pada tahun lepas, di atas purata global sebanyak 39 peratus pada 2017.

Sejumlah 33 peratus rakyat Malaysia yang kaya suka melabur dalam emas berbanding purata global sebanyak 25 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN:
Belajar Sampai Darjah 6, Kini Jadi Jutawan Lembu
Kajian: Tidur Awal Hidup Lebih Bahagia, Cepat Kaya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam