Restoran popular di Jepun, Tenka Torimasu baru-baru ini memperkenalkan menu baru yang menjadi kegilaan ramai di sana iaitu Girls’ Sole Karaage (Ayam Goreng Bau Kaki Gadis).

Ramuan utama menu baru tersebut menggunakan kacang soya dan yang pasti bukan digosok menggunakan kaki gadis.

Namun, Tenka Torimasu menjanjikan rasa ayam yang mempunyai bau kaki gadis. Dengar pun dah geli.

Sebelum ini mereka pernah memperkenalkan menu Girls’ Sweat Karaage (Ayam Goreng Peluh Gadis).

Restoran ini memang terkenal dengan menu yang sangat eksotik dan yang peliknya sentiasa laris. Ayam pelik tersebut dijual dengan harga 400 yen (RM14).

Selain daripada makanan bergorang, Jepun juga terkenal dengan makanan pelik lain seperti Kit Kat perisa alkohol dan ubat batuk.