Waktu tengah bulan ni memang ramai yang poket kering. Nak tunggu hujan bulan lambat lagi. Memang makan maggie tak pun ikat perut je la hari-hari.

Siapa yang nak makan percuma? Tapi rasanya rakyat Malaysia memang suka ‘benda percuma’. Jadi jangan lepaskan peluang untuk singgah ke restoran baru Datuk Seri Aliff Syukri.

BACA: Makan Tepi Jalan, Chef Wan Tegur Aliff Syukri

Baru-baru ini, Aliff memuat naik foto di Instagram miliknya memperomosikan cawangan terbaru Rumah Makan Terlajak Laris di Sungai Buloh dengan memberikan makanan percuma kepada 100 pengunjung pertama selama tujuh hari.

“Datanglah @romahmakanterlajaklaris di Sungai Buloh hari ini grand opening. 100 yang terawal akan dapat makanan percuma.. dan setiap hari makanan yg berbeza yang kami beri secara percuma.. zoom dan baca poster ini.’

Rata-rata netizen teruja dengan promosi tersebut dan mahu mencuba nasib untuk menjadi pengunjung terawal.

Bagus bagi makan percuma sebegini, sekarang tengah ‘sengkek’

Tapi rupanya 10 pagi hingga 1 tengahari sahaja

 

Bagaimanapun, ada yang mengecam Aliff Syukri kerana tidak memberikan maklumat lebih jelas tentang makanan percuma tersebut. Rupanya makan percuma tersebut bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari sahaja.

Tapi rupanya promosi tersebut pada tahun 2108?

Macam-macam netizen ni. Mungkin tarikh tu tersalah cetak sampai jauh betul pergi ke tahun 2108. Tapi jika anda bernasib baik, mungkin anda 100 pengunjung terawal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Ada Dengan Wonder Cheese?