Masalah utama setiap kali terjadinya perceraian ialah rata-rata suami bersikap lepas tangan dan liat untuk membayar nafkah. Bagaimanapun, selepas ini suami yang bercerai tidak boleh lari lagi dari menunaikan tangungjawab mereka terhadap anak-anak.

Memetik laporan MalaysiaKini, Pindaan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2017 akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu yang bercerai terutama dari segi nafkah untuk anak-anak mereka.

BACA: Bekas Suami Tak Bayar Nafkah Bakal Kena Sekatan Bank

Dibawah undang-undang baru itu, suami yang bercerai dengan isterinya akan diwajibkan untuk membayar nafkah anak-anak mereka sehingga ke peringkat universiti.

Seksyen 95 akta tersebut menyebut bahawa:

a) Dengan memasukkan selepas perkataan “hilang upaya dari segi jasmani atau otak” perkataan “atau sedang mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi”; dan

b) Dengan memasukkan selepas perkataan “tidak lagi berada dalam keadaan hilang upaya itu” perkataan “atau selesai pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi itu”.

Dalam pada itu, peguam hak asasi manusia, Honey Tan memberitahu masalah besar bagi kebayakan ibu yang mendapat hak penjagaan anak mereka ialah bapa mereka enggan membayar nafkah selepas anak-anak mereka berumur 18 tahun.

Ujarnya lagi adalah penting untuk menekankan bahawa kes-kes sedia ada meliputi Seksyen 95 yang baru dan pindaan tersebut merupakan hadiah ‘Tahun Baru’ buat golongan ibu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥