Nampaknya memang ternyata pemikiran dan kelakuan segelintir rakyat Malaysia masih lagi di tahap terendah apabila perlakuan vandalisme terjadi di stesen Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) yang baru sahaja beroperasi beberapa hari yang lalu.

BACA: Tergigit Picagari Semasa Makan Aiskrim

Menerusi tinjauan Astro Awani semalam terlihat beberapa kemudahan awam seperti kerusi, dinding, tandas dan beberapa kemudahan lain telah diconteng ataupun dirosakkan oleh tangan-tangan gatal ini.

Gambar: Astro Awani

Tinjauan tersebut dilakukan di beberapa stesen tumpuan ramai seperti Stesen MRT Merdeka dan Stesen MRT Bukit Bintang sehinggakan ada beberapa tempat duduk terpaksa dikeluarkan sementara untuk pembaikan kerana ditoreh oleh pengguna.

Selain itu, menurut penyelenggara Stesen MRT Bukit Bintang, Md Rasal dia sendiri tidak mampu menegur sikap segelintir masyarakat Malaysia yang membuang sampah merata-rata di stesen tersebut kerana dia berasal dari negara luar.

“Saya tak boleh tegur mereka, kerana mereka orang Malaysia, saya orang luar. Apa yang boleh saya buat hanyalah mengambil gambar dan laporkan kepada pihak pengurusan,” ujarnya lagi.

Gambar: Astro Awani

Bahkan ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka memanjat binaan dinding yang memaparkan mesej rukun negara turut diberitahu oleh pengurus Stesen MRT Merdeka, Chia Seh Kah.

Ibu bapa hanya melihat anak mereka memanjat dinding tersebut seolah ia adalah aktiviti wall climbing.

“Panel dinding ini amat mahal, kita harap ibu bapa boleh kawal anak mereka untuk tidak memijak atau cuba memanjat dinding itu.

“Selain ia merosakkan mesej Rukunegara, ditakuti jika jatuh, mampu membawa kepada kecederaan,” beritahu Chia ketika ditemui.

Gambar: Astro Awani

Sikap segelintir rakyat Malaysia seperti ini seolah-olah menandakan kita masyarakat tempatan tidak bersedia menerima kemudahan pengangkutan awam yang canggih dan bertaraf dunia.

Mungkin orang awam tidak sedar bahawa mereka boleh didakwa dibawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), yang boleh membawa kepada denda RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.

VIDEO: Kek Batik & Agar-Agar Horlicks

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram