Ini semestinya berita baik buat peminat aiskrim Baskin-Robbins. Bersempena dengan ulang tahun ke-31 jenama aiskrim popular itu dan sebagai menghargai sokongan rakyat Malaysia, Baskin-Robbins menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk saiz single regular scoop.

Promosi bermula 15 April itu diumumkan menerusi laman rasmi Baskin-Robbins dan ditawarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Difahamkan waktu promosi pula bermula jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.

BACA: Perkenal Aiskrim Perisa Sos Tomato, Netizen Kata Menjijikkan

We are thankful that Malaysian has been supporting us for 31 years! Let's party with Buy 1 Free 1 on selected items for everyone! Call up your buddies and have your treat! T&C applies.#BRHappyHour#BRB1F1

Posted by Baskin-Robbins on Ahad, 14 April 2019

Setakat ini tidak dimaklumkan sampai bila promosi itu akan berlangsung dan tiada terma atau syarat rasmi yang diumumkan.  Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan Baskin-Robbins berhampiran anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?