Basuh Baju Tengah Malam, Makan Dalam Kereta Punca Kes Cerai

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) pada 2014 mendedahkan, lebih satu pertiga perkahwinan pertama di negara ini berakhir dengan penceraian dalam tempoh lima tahun usia perkahwinan.

Antara punca utama dikemukakan menerusi ialah kerana tiada persefahaman yang mewakili 56.2 peratus, manakala isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar (10 peratus).

BACA: Tertinggal Barang Di Pasar Punca Pasangan Bercerai

Bagi wanita pula, sebanyak 38 peratus menyatakan punca utama perceraian adalah kerana tiada persefahaman, diikuti suami curang iaitu 20.5 peratus dan suami tidak bertanggungjawab, 15.2 peratus.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh turut melahirkan kegusaran ketika melihat statistik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor apabila isu kecil serta remeh menyumbang kepada masalah rumah tangga sehingga bercerai.

Tidur berdengkur & isteri suka mengikuti rombongan punca cerai

“Saya membaca sebab-sebab ini kerana hendak menunjukkan realiti faktor penceraian sekarang sangat serius kerana perkara-perkara remeh digunakan sebagai punca untuk memfailkan permohonan cerai.

Katanya lagi, antara sebab yang penceraian yang difailkan ialah isteri suka membasuh baju di waktu malam, suami tak suka isteri makan di dalam kereta, pasangan tidur berdengkur, gaji suami lebih rendah dan tidak gemar dengan sikap pasangan yang gemar beli-belah.

Ada juga isu seperti isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai dan dan perbezaan fahaman politi juga merupakan antara alasan untuk bercerai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥



«