Bagi mereka yang mempunyai kereta mewah perlulah berhati-hati apabila membeli barangan dapur di pasar yang berdekatan Jalan Panglima Garang-Pulau Carey kerana ada kemungkinan anda akan dicaj dengan harga yang lebih mahal berbanding pelanggan yang membawa kereta yang lebih kecil.

BACA: Kisah Sebenar Akak 3 Anak Jual Nasi Lemak Tepi Jalan

Taktik tersebut telah dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor ketika operasi berkenaan harga ikan dan penipuan timbangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Selangor, Azman Adam berkata, operasi itu dilakukan setelah pihak KPDNKK menerima beberapa maklumat dan aduan daripada beberapa individu mengenai taktik harga berbeza mengikut pelanggan oleh penjual di situ.

Gambar: Sinar Harian

Ketika operasi yang bermula jam 12 tengah hari itu, pihaknya telah memeriksa empat premis yang menjual ikan segar dan sebuah premis menjual sayur-sayuran.

“Daripada empat premis menjual ikan segar yang diperiksa, tiga daripadanya dikenakan tindakan kompaun ‘on the spot’ RM 200 setiap satu atas kesalahan kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan dipamerkan untuk jualan.

“Kedai menjual sayuran juga turut dikenakan tindakan kompaun ‘on the spot’ RM 200 kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentu sahkan bagi tujuan perdagangan,” katanya kepada Sinar Harian.

VIDEO: Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram