Bayi lelaki berusia 5 bulan yang tular di media sosial selepas didakwa dilarikan oleh seorang individu yang tidak dikenali, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Lebih mengejutkan, mayat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui disorokkkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira jam 11 malam tadi.

BACA: Ibu Sedih Bakal Kehilangan Anak & Ayah Serentak

Menurut laporan yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad, mayat bayi berkenaan lengkap berpakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Suasana perkarangan rumah pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves.

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai
Wanita Terengganu Paling Ramai Diabetes Di Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138