Kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih lagi berlangsung, saban hari ada sahaja maklumat baru didedahkan kepada umum, malah ada yang mengejutkan rakyat Malaysia.

Terbaru, bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan satu dokumen menunjukkan bagaimana Tareq Obaid telah ‘mempergunakan’ dana 1MDB yang dipinjamkan kepada syarikatnya, PetroSaudi International Ltd (PSI).

BACA: Barang Rampasan Najib Akan Dijual, Bayar Hutang Negara

Apa yang mengejutkan, dokumen itu menyatakan sebanyak AS$17,000 (RM70,000) telah dibelanjakan untuk kopi jenama Starbucks.

Pendedahan itu sekaligus mendapat reaksi daripada pihak pendakwaan dan pembelaan ketika mereka sedang meneliti dokumen ‘jejak duit’ 1MDB yang di pinjamkan kepada PSI.

Memetik laporan Astro Awani, awal Oktober lalu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu gaji terakhir beliau di syarikat itu adalah RM99,000 sebulan serta menerima elaun RM179,000 setahun sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥