Bulan Ramadan sentiasa dinantikan dan ketika inilah ramai yang berlumba-lumba untuk memperbanyakkan ibadah kerana setiap amalan akan diberikan ganjaran berlipat ganda.

Tidak ketinggalan, ramai juga peniaga melakukan amal jariah dengan bersedekah. Bagus juga, dalam berniaga tiada salahnya jika kita beramal dalam masa sama membantu mereka yang memerlukan.

BACA: Ini Rahsia Kenapa Restoran Ini Pelanggan Sentiasa Penuh

Buat pengunjung bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang anda berpeluang untuk mendapat minyak masak secara percuma dengan membeli set ayam goreng.

Memetik laporan Harian Metro, pengusaha Familia Fried Chicken, Muhammad Nazmi Jamil berkata minyak masak tersebut boleh didapati secara percuma di lapan lokasi di sekita Lembah Klang.

“Kami bekerjasama dengan jenama minyak masak tempatan, Alif. Hampir 6,000 botol minyak masak 500 ml diberikan secara percuma kepada pelanggan.

“Setiap pembelian satu set Familia Fried Chicken yang berharga RM10, dapat sebotol minyak masak Alif,” katanya.

Menurutnya, usaha tersebut dilakukan bagi mempromosikan kepada orang ramai tentang minyak masak bebas kolestrol. Katanya lagi, mereka juga menggoreng ayam menggunakan minyak masak tersebut yang diperkaya dengan vitamin E.

Dalam pada itu, apa yang menariknya tentang Familia Fried Chicken ia tidak dimasak memakai minyak masak sama berulang kali demi menjaga kualiti.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh dapatkan minyak masak percuma itu di tujuh lokasi bazar Ramadan yang dikongsikan di atas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥