Nasi kandar adalah hidangan lazim bagi masyarakat di negara kita. Kita sudah terbiasa dengan menu nasi kandar. Nasi kandar boleh dijumpai hampir di seluruh semenanjung. Tapi tempat khusus bagi nasi kandar dah tentu di Pulau Pinang. Tapi tahukah anda yang nasi kandar satu masa dulu dibawa dalam bakul je.

Ramai dari kita menganggap semua kedai makan mamak tu adalah kedai nasi kandar tapi tak semua kedai mamak menyediakan nasi kandar yang asli sebab nasi kandar ni mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

Semua nasi kandar tu adalah dari kedai mamak  tapi sekarang ni ada juga kedai nasi kandar yang diusahakan oleh orang Melayu yang menggunakan menu asli nasi kandar.

Menyelusuri sejarah nasi kandar ni kita perlu lihat kepada kisah lampau di negeri Pulau Mutiara. Pulau Pinang pada satu ketika dulu merupakan sebuah pelabuhan yang sangat sibuk.

Banyak kapal-kapal yang berlabuh dengan muatan kargo dan pada zaman tu banyak tenaga manusia diperlukan. Buruh-buruh yang bekerja pula terdiri dari pelbagai latar bangsa dan merupakan gololongan bawahan.

Pelanggan nasi kandar ni kebanyakannya ialah para pekerja di pelabuhan. Nasi kandar adalah masakan untuk memenuhi keperluan masyarakat marhaen. Nasi banyak, lauk kari ikan bersama ikan goreng dan bendi. Itu sebenarnya menu asal nasi kandar. Simple tapi mengenyangkan.

Tukang kandar ni pula terdiri dari orang berketurunan India Muslim yang merupakan pedagang pada satu ketika dahulu. Mereka lah yang memasyhurkan nasi kandar dengan apa yang kita gelar sekarang sebagai kedai mamak.

Resepi yang mereka bawa merupakan resepi asal mereka sendiri. Tapi akibat peralihan zaman nasi kandar kini bukan lagi makanan buruh tapi dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Manakala menunya pula sudah banyak berubah dari konsep asal nasi kandar yang hanya ada kari ikan, ikan goreng dan bendi. Kari kepala ikan dan juga ayam goreng bukanlah menu asal yang terdapat dalam nasi kandar original.

Jadi jangan salah faham kalau dengan mencampurkan kuah dan ada kari kepala ikan merah bersaiz gergasi itu sebagai hidangan nasi kandar. Nasi kandar original tidak memiliki ciri-ciri kari kepala ikan. Yang menjual kari kepala ikan itu adalah nasi mamak dan bukanlah nasi kandar.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Pulau Pinang untuk berbuka puasa dengan nasi kandar yang bercitarasa asli lagi original ni ada tips untuk anda dan petuanya supaya anda puas:

  • nasi tu sekadar cukup-cukup pinggan saja tak banyak dan tak kurang
  • kuah mesti dicampur atau diadun dengan kari ikan, daging, udang dan sotong
  • sebaik-baik adunan lauk pauk nasi kandar ialah ikan kari atau goreng (bawal) bersama dua keping daging kari, telur rebus
  • pilih antara sotong atau telur rebus bersama daging kari, atau ikan bawal kari dan dua batang bendi rebus. 

Dan rahsia terpenting dalam menikmati nasi kandar original ialah bila makan jangan tambah dan makan dengan tangan bukan dengan sudu dan garpu.

Sumber: Penang Kia