Baru-baru ini tular mengenai satu kes di Singapura dimana seorang pembantu rumah warga Indonesia tergamak menyediakan hidangan jijik kepada keluarga majikannya. Apa yang pasti tindakan pembantu rumah itu sememangnya tidak masuk akal.

Difahamkan, pembantu rumah itu mencampurkan nasi dan air dengan air kencingnya, air liur dan darah haid dengan harapan mereka lebih berlembut dan tidak memarahinya.

BACA: Didakwa Guna Darah Khinzir, JAKIM Jelaskan Status Halal Ah Cheng Laksa

Bukan itu sahaja, pembantu rumah itu juga turut mencuri sebanyak S$13,300 (RM40,242) dari peti simpanan majikannya antara Ogos 2017 hingga Jun 2018.

Pembantu rumah tersebut yang dikenali sebagai Diana, 30, memberitahu mahkamah dia percaya bahawa dengan berbuat demikian keluarga itu akan setuju dengan apa sahaja yang dilakukannya dan tidak akan memarahinya berkenaan prestasi kerjanya.

Mahkamah diberitahu bahawa pembantu rumah itu mula bekerja dengan keluarga itu sejak tahun 2017 lagi.

Namun dua tahun kemudian iaitu pada Ogos 2019, dia mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya ke dalam air di dalam cerek kerana tahu keluarga itu akan meminumnya.

Susulan tindakannya itu, Diana dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan tujuh minggu. Pembantu rumah itu, yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia mengaku kesalahannya dan berkata dia seorang ibu tunggal.

Malah Diana juga berkata dia mencuri wang tersebut kerana keluarganya di Indonesia “mengalami kesulitan”.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)