Baru-baru ini, resepi biskut susu Alien mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mana tidaknya, ramai dah cuba resepi tersebut, memang sedap cair di mulut.

Resepi tersebut dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis di Facebook. Kalau ikutkan resepi ini biasa-biasa saja dan dibuat untuk hiburkan dan aktiviti dengan anak-anak.

Biskut berbentuk Alien ini ternyata menarik perhatian netizen yang ingin mencubanya dirumah. Tapi yang kelakarnya, ada macam-macam bentuk Alien pula yang muncul dan menjadi bahan ketawa netizen. Memang pecah perut tengok hasilnya.