Semalam, Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah disebabkan kemalangan jalan raya dan bukan kerana dipukul perusuh. Bagaimanapun, salah seorang anggota yang ditugaskan, Mohd Hazim Mohd Rahimi berkata pasukannya memang telah diserang.

Dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) malam semalam, Mohd Hazim menceritakan pengalamannya ketika bertugas di tengah-tengah rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, awal pagi Selasa lalu.

BACA: Rusuhan Kuil: “Muhammad Adib Bukan Dipukul, Malah..”

“Begitu kelam kabut dan panik. Sebaik tiba di tempat kejadian, tugas saya untuk turun daripada jentera dan terus ke tempat simpanan salur bantu mula (hose reel). Jika kebakaran di sebelah kiri, saya akan tuju tempat simpanan di sebelah kiri untuk memadam api.

“Tapi belum sempat keluar, kami sudah diserang. Saya terus lari dan masuk ke dalam jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di belakang jentera Fire Rescue Tender (FRT),” katanya.

Memetik laporan MalaysiaKini, Ketua Pengarah Bomba Mohamad Hamdan Wahid turut memberitahu bahawa individu yang dilanggar belakang jentera bomba seperti yang dipaparkan video yang tular itu adalah Hazim dan bukannya Muhammad Adib.

“Ada bukti menyatakan Adib yang dilanggar? Individu yang berdiri (dalam video itu) bukan Adib, tetapi Mohd Hazim Mohd Rahimi. Orang itu (Hazim) ada di sebelah saya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Hamdan berkata pihaknya akan membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut yang tidak berasas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥