Sebagai pekerja pastinya akan berasa marah dan kecewa jika pemohonan cuti tidak diluluskan oleh majikan terutamanya jika cuti tersebut dipohon lebih awal seperti yang terjadi di Dubai pada Ogos yang lalu apabila seorang juruteknik menikam penyelianya sehingga mati.

BACA: Halau Isteri Keluar Rumah Kerana Game

Penyelia tersebut ditikam bertalu-talu di bahagian perut dan dada kerana berang apabila penyelianya tidak menjawap pertanyaan juruteknik tersebut berkenaan permohonan cutinya sejak seminggu yang lalu.

Selepas menikam penyelianya, juruteknik itu turut cuba menyerang dan menikam rakan sekerjanya yang lain tetapi gagal apabila rakan sekerjanya dapat mengelak dan menjatuhkan pisau yang digunakan sebagai senjata.

Juruteknik itu telah membuat pengakuan bahawa dia menikam penyelia itu di sebuah mahkamah di Dubai pada Ahad yang lalu namun menafikan dia merancang pembunuhan tersebut.

Menurut saksi, suspek membunuh penyelia tersebut kerana konflik tempat kerja dan kemudahan penginapan yang tidak memuaskan hati.

Setelah bedah siasat penyelia tersebut disahkan mati kerana kecederaan parah di paru-paru dan hati dan kes berkenaan akan disebut semula pada 14 Januari 2018.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram