Jika anda lihat di sekitar jalan raya, tabiat buang sampah dari kenderaan bukanlah perkara baru. Disebabkan tabiat buruk anda itu, sekaligus menyebabkan longkang tersumbat.

Lihat saja baru-baru ini tular foto anggota polis trafik sanggup mengorek longkang tersumbat menggunakan tangan berikutan jalan banjir kerana tiada laluan aliran air.

BACA: Guna Tilam Dalam Kenderaan Boleh Disaman

Tetapi tahukah anda bahawa membuang sampah daripada kenderaan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimum RM300.

SEMBANG TRAFIKKESALAHAN MEMBUANG SAMPAH DARIPADA KENDERAANAmalan menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Isnin, 15 Julai 2019

Ramai ambil remeh dengan isu ini tetapi tindakan membuang sampah dari luar kenderaan bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah membahayakan pengguna jalan raya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda buang sampah di tempat yang disediakan. Siapa lagi yang nak jaga kebersihan jalan raya kalau bukan kita sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?