Setiap kali bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk memperbanyakkan amal kebajikan kerana setiap amalan yang dilakukan akan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Tidak ketinggalan, ramai peniaga yang bersedekah kepada mereka yang memerlukan dan menyediakan makanan untuk moreh di surau dan masjid.

BACA:Macam Makan Di Hotel, Bank Islam Belanja Buka Puasa Setiap Hari

Namun berbeza dengan premis menjual makanan yang terletak di mukim Sawangan, Kota Depok, Jakarta ini yang menganjurkan program amal dipanggil ‘Buka Puasa Bayar Pake Doa’.

Difahamkan, tahun ini merupakan kali keenam kedai makan tersebut mengadakan program amal tersebut dimana pelanggan yang datang berbuka puasa di kedai soto kauman Express tidak perlu membayar makanan mereka.

Cukup dengan hanya menulis satu doa di laman sesawang BayarPakaiDoa atau menggunakan kertas yang disediakan oleh pelayan.

Menurut pemilik kedai tersebut, Ubaidilah berkata tahun ini pelanggan boleh mencuba set makanan seperti soto, ladu, kurma dan air sejuk.

Katanya lagi, program ini dianjurkan bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan di bulan Ramadan dalam masa sama tidak mahu ketinggalan mengejar pahala di bulan mulia ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ramai Gagal Masuk Bakeri Ini Tanpa Keluar Beli Apa-Apa 😱