Sebut sahaja KFC, pasti semua akan terbayangkan keenakan serta kerangupan ayam goreng mereka yang sememangnya popular sejak dulu lagi. Namun, syarikat rangkaian makanan segera itu bukan saja menjual ayam goreng sahaja, malah akan tampil dengan koleksi pakaian buat peminat setia mereka.

Apa yang pasti,KFC masih mengekalkan identiti mereka dengan mengikut tema makanan segera yang selama ini sinonim dengan mereka.

BACA: KFC Perkenal Mandian Bau Ayam Goreng

Antara koleksi yang bakal dilancarkan ialah seluar sukan dengan cetakan corak nugget ayam, corak kentang goreng, stokin, baju serta pelbagai aksesori fesyen bertemakan makanan.

Selain itu, turut ditawarkan rantai emas yang bertulis slogan rasmi mereka “finger lickin good” (sedap hingga menjilat jari).

Bukan itu sahaja, mereka turut menjual papan luncur ombak dengan logo KFC serta pakaian renang berwarna merah putih, simbolik warna rasmi rangkaian makanan segera itu.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan koleksi pakaian tersebut. Namun ia hanya boleh didapati di Australia sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥