Memandangkan sekarang ni musim duria, memang ramai yang teruja maklumlah harga durian yang dijual boleh tahan murah. Memang ramai tak lepaskan peluang untuk beli durian banyak-banyak.

Buah durian bukan saja sedap dimakan begitu saja, tapi macam-macam resepi kita boleh buat menggunakan durian. Ada yang suka buat bubur, penat, serawa, crepe dan macam-macam lagi.

BACA: Sanggup Tunggu Dua Jam Nak Beli Durian RM5 Sekilo

Tapi lagi sedap kalau durian dibuat menjadi aiskrim. Memang sedap betul rasanya yang lemak berkrim. Resepi dikongsikan oleh Puan Syu Islimiah, senang je nak buat aiskrim durian ini hanya pakai blender je. Paling best, boleh makan aiskrim durian ini ramai-ramai. Kalau nak beli di luar memang mahal harganya.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan isi durian (nak letak lebih pun lagi sedap)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
  • 1 sudu besar ovallete (kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Blend semuanya hingga hancur dan sebati dalam 2 hingga 3 minit


2. Selepas itu, masukkan dalam mixer selama 5 minit untuk kembangkan bagi bertambah isinya.


3. Masukkan dalam bekas aiskrim 1.5 liter, kemudian simpan di dalam peti beku.

Memang senang sangat. Bahan-bahan pun memang senang nak cari di pasaraya. Rasanya memang lemak berkrim dan tak perlu lagi cari aiskrim durian di tempat lain. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali!