Kalau dah nama Melayu, tak lengkap rasanya kalau tak ada hidangan bercili atau pedas. Tapi masalahnya besar yang selalu dialami ialah cili kisar yang disimpan tidak akan tahan lama dan cepat berkulat.

Paling sakit hati kalau cili kisar masih banyak tapi sudah berkulat akhirnya terpaksa dibuang. Tetapi, selepas ini tiada lagi masalah cili kisar berkulat kerana ada cara untuk pastikan cili kisar anda tahan lebih lama jika anda ikuti tips yang dikongsikan oleh Mim Nazihah ini.

BACA: Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kegemaran Ramai

Selalu kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu dah masam dan naik kulat putih. Inshaa-Allah ikut cara ini akan tahan lama, sebulan dua tak berkulat.

Bahan-bahan:

Cili kering
Bawang putih
Air tapis

Cara membuatnya:

1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili

3. Kemudian toskan…(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama)

4. Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip, guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

Inshaa-Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat jika anda ikut cara ini. Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱