Siapa yang tak nak kahwin?? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan. Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum??

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut tahun baru, pasti ada di antara anda yang merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal.

BACA: “Ramai Tamak Bila Datang Majlis Kahwin, Lauk Tak Cukup Sibuk Mengata”

Dikongsikan oleh Harith Faizal menerusi Facebook, ini antara 10 tips mudah untuk kumpul RM20,000 bagi anda yang nak kahwin tahun depan tapi duit masih tak cukup duit!

1. Buat tabung kahwin

Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.

2. Ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal

Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau bercinta sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.

3. Lelaki atau perempuan, mulakan sekarang

Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali

4. Barulah adil, saksama dan sekufu

Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.

5. Yang perempuan, buktikan anda sudi susah senang bersama

Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.

6. Kalau terpaksa pinjam bank, maknanya anda belum mampu lagi

Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagu untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je.

7. Kalau sebelum kahwin tak mampu simpan jangan ambil loan

Ini ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang senak bak bayar nanti.

8. Buat simpanan bulanan bersama pasangan

Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama paangan. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib.

9. Jangan bergantung pada satu pendapatan sahaja

Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.

10. DIY sendiri pelamin, kurangkan bajet kahwin 

Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?