Umum mengetahui, apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajan baru, salah satu manifesto mereka adalah untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan akan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 September depan.

Satu senarai penuh 6,400 jenis barangan yang dikenakan cukai SST telah dikeluarkan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

BACA: Roti Canai, Teh Tarik Sah Akan Dikenakan Cukai SST

Menurut pihak Kastam Malaysia, jumlah barangan yang dikenakan SST lebih rendah berbanding sebanyak 11,197 barangan yang dikenakan cukai semasa pelaksanaan GST. Berikut adalah senarai barangan yang bakal dikenakan SST.

1. Harga makanan segera dijangka akan naik

2. Budu, belacan  & cencalok tidak dikenakan cukai

3. Minuman soda akan dikenakan cukai 10% , air mineral turut dikenakan cukai 10%

4. Semua produk farmasi & ubatan dikecualikan SST

5. Produk kecantikan & penjagaan muka dikenakan SST 10%

6. Semua pakaian, termasuk pakaian bayi dikenakan SST 10%

7. Komputer & laptop dikenakan cukai sama ada 5% atau 10% , telefon bimbit 5%

8. Perkakas elektrik dikenakan cukai sama ada 5% atau 10%

9. Pantyliner, tampon & tuala wanita dikecualikan SST

10. Barangan sukan ada yang dikecualikan cukai dan ada yang dikenakan cukai 10%. Mainan bayi dan kanak-kanak dikenakan 10% cukai

11. Ikan masin dikenakan cukai 5%, tiada cukai dikenakan pada udang karang (lobster)

12. Cendol akan dikenakan SST 5%

Untuk senarai penuh, anda boleh lawati laman sesawang ini mysst.customs.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang