Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sememangnya terkenal dengan skill kulinarinya yang hebat serta karakternya yang ceria ketika mengendali rancangan memasak sehinggakan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

BACA: Chef Wan Terkejut Harga Ikan Merah Mahal?

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM), Chef Wan telah dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Seni Kulinari) yang berlangsung semalam di Dewan Muadzam Shah, UUM Sintok.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Ijazah Kehormat Doktor Falsafah tersebut dikurniakan kepada Chef Wan sebagai mengiktiraf kepakarannya dalam seni kulinari sebagai seorang chef professional.

Menurut chef selebriti itu kepada BH Online, beliau tidak pernah mengimpikan untuk berdiri di pentas konvokesyen dan menerima pengiktirafan seperti itu.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

“Saya tidak pernah bermimpi, jauh sekali berangan-angan yang suatu hari akan berdiri di sini.

“Ramai beranggapan tukang masak ini kerjaya mudah tetapi hakikat untuk menjadi yang berwibawa perlu dedikasi, disiplin dan memerlukan perasaan kasih sayang terhadap juadah yang dihidangkan,” ujarnya selepas majlis konvokesyen itu.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor UUM, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Chef Wan juga turut berkongsi detik-detik membanggakan itu dengan beberapa posting di akaun Instagramnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram