Kita sudah biasa menggunakan daun pandan dalam masakan. Selain baunya yang wangi, rasanya juga sedap lebih-lebih lagi jika buat kek pandan.

Memang wangi satu rumah dengan daun pandan bila tengah buat kek pandan dan penggunaan daun pandan semakin terkenal di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), menurut seorang chef wanita terkenal.

BACA: 9 Restoran Popular Berasal Dari Malaysia

Sumber dari wartakesehatan.com

Chef selebriti terkenal, Nigella Lawson mendapati semakin ramai warga AS dan UK menggunakan daun pandan dalam masakan mereka.

Malah, ia tak mustahil menjadi popular seperti avokado yang pernah popular selepas Nigella memperkenalkan avokado dalam kaca televisyen seterusnya menaikkan jualan sebanyak 30 peratus dahulu, lapor The Independent.

“Saya rasa ia akan menjadi Matcha yang baru. Saya mungkin silap, tapi kita nampaknya berminat kepada benda itu (daun pandan),” ujarnya.

“Saya menyedari ramai rakyat AS membuat kek menggunakan esen pandan yang datangnya dari daun pandan itu sendiri,” katanya kepada British Daily The Times.

Mungkin selepas ini banyak resepi baru dicipta menggunakan daun pandan dan kita boleh mencuba resepi baru daripada chef terkemuka seperti Nigella Lawson pula.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bihun Sup Daging ‘Lebih’ Makin Popular
‘Hamburger Straw” Popular Di Jepun
Burger Special Malaysia Terkenal Di New York

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

PATIN TEMPOYAK PALING SEDAP DI TEMERLOH?!!!