Negara China yang sinonim dengan haiwan panda sedang dalam proses untuk membina ladang solar berbentuk haiwan comel itu. Ladang tersebut dinamakan sebagai Panda Power Plant dibina di Shanxi untuk kegunaan orang ramai apabila ia siap kelak.

BACA: China Ingin Tanam Kentang Di Bulan

Sumber dari mynewshub.cc

Shanghaiist melaporkan bahawa keluasan ladang solar tersebut ialah seluas 1,400 ekar serta dapat menghasilkan tenaga sehingga 100 megawatts. Malah, kewujudan ladang solar ini mampu mengurangkan pencemaran karbon dalam tempoh 25 tahun akan datang.

Panda Power Plant dibina oleh syarikat Panda Green Energy serta dibantu oleh China Merchants New Energy. Selain itu, pusat aktiviti untuk golongan muda juga akan dibina berhampiran dengan ladang solar tersebut.

Ladang solar berkenaan kelihatan comel jika dilihat dari atas. Tidak dinafikan negara China agak kreatif dalam menghasilkan projek memajukan negara mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Cara Paling Senang Buat Onion Ring Celup Tepung!!!