Pihak berkuasa angkasa lepas China telah merancang untuk menanam kentang serta membawa telur ulat di bulan pada tahun depan. Kentang dan telur ulat tersebut akan dibawa di dalam bekas mini ekosistem seberat 3 kilogram dan akan diletakkan di atas permukaan bulan.

BACA: Tunggu Azan Untuk Makan, Lelaki Cina Jadi Perhatian

Sumber dari analisadaily.com

Bekas mini berisi kentang, biji benih Arabidopsis dan telur ulat sutera dihasilkan oleh pasukan penyelidikan diketuai oleh pihak Universiti Chongqin itu akan dibawa ke bulan oleh Chang’e4 yang akan dilancarkan pada tahun 2018.

Difahamkan telur itu akan menetas menjadi ulat sutera seterusnya menghasilkan karbon dioksida di bulan sementara kentang dan benih pula akan menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis.

“Cita-cita China untuk menanam tanaman di bulan, kawalan suhu dan bekalan tenaga adalah cabaran terbesar yang dihadapi dalam menubuhkan ekosistem di sana,” ujar Zhang.

Sumber dari jitunews.com

Suhu yang berbeza menyukarkan tumbuh-tumbuhan dan serangga untuk hidup harus diatasi untuk proses pertumbuhan kentang dan biji benih serta telur ulat sutera berjaya.

Ia boleh dilakukan dengan menggunakan bekas mini ekosistem yang dilengkapi dengan lapisan penebat dan paip cahaya bagi memastikan proses pertumbuhan berjalan lancar seperti yang dirancang.

Selain itu, bateri direka khas untuk projek ini juga akan dipasang di dalam bekas tersebut bagi menyediakan bekalan tenaga yang mencukupi.

Ketua pereka projek, Xie Gengxin berkata misi mereka adalah untuk persediaan bagi pendaratan bulan pada masa akan datang atau mungkin penduduk manusia yang berada di sana.

“Kami akan membuat lintas langsung perkembangan tumbuhan-tumbuhan dan serangga di permukaan bulan ke seluruh dunia,” kata Xie sambil mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Samyang + Cili Carolina Reaper Sampai Muntah?!!