Nampaknya selepas ini pasti ramai yang berhasrat untuk bekerja di syarikat perbankan CIMB. Mana tidaknya baru-baru ini, CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) mengumumkan faedah cuti bersalin selama enam bulan bergaji bagi kakitangan yang pertama kali bergelar ibu.

Memetik laporan BH Online, faedah itu mula berkuat kuasa pada 1 Januari lalu dan dinikmati oleh semua pekerja CIMB di seluruh Malaysia. Dalam pada itu, cuti selama sebulan turut diberikan untuk kakitangan CIMB yang pertama kali menjadi bapa.

BACA: Pekerja Lelaki IKEA Dapat Cuti Sebulan Bergaji?

Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, tempoh cuti berkenaan boleh diambil kira-kira 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Mereka yang pertama kali bergelar ibu boleh menikmati faedah ini 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Malah, ia boleh dilanjutkan dengan mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan yang turut ditawarkan kepada kakitangan bagi membolehkan mereka menjaga anak sulung sehingga berusia setahun.

Faedah yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pendekatan holistik Kumpulan dalam menguruskan modal insan.

Selain manfaat cuti bersalin bergaji ini, CIMB turut memberi kelonggaran kakitangan yang mempunyai anak berusia kurang lima tahun atau berkeperluan khas untuk bekerja dari rumah sehari dalam seminggu.

CIMB merupakan syarikat kedua memperkenalkan cuti bersalin selama enam bulan. Digi merupakan syarikat pertama di Malaysia menawarkan faedah tersebut pada tahun 2016.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱