Minuman berkarbonat popular, Coca-Cola bakal memperkenalkan minuman terbaru mereka yang mengandungi alkohol tidak lama lagi.

Selepas 125 tahun syarikat itu ditubuhkan, mereka dikatakan akan cuba untuk memasarkan minuman beralkohol itu di negara Jepun terlebih dahulu.

BACA: Selangor Benarkan Pesta Makanan & Minuman Jerman?

Sumber dari cnbc.com

Difahamkan, ia merupakan satu langkah untuk memasuki pasaran Jepun yang popular dengan minuman Chu-Hi, minuman sparkling tin berperisa yang mengandungi alkohol sebanyak tiga hingga lapan peratus dalam satu tin.

“Kami tidak pernah bereksperimen dalam kategori alkohol yang rendah sebelum ini, tetapi ia merupakan contoh bagaimana kami terus mencari peluang-peluang yang ada,” kata Jorge Garduno, presiden Coca-Cola Jepun.

Sumber dari irishtimes.com

Tidak dapat dipastikan bilakah minuman ini akan dipasarkan di negara matahari terbit itu, tetapi ia dikatakan akan dijual hanya dalam negara mereka sahaja.

Jadi, anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli minuman berkarbonat itu semasa melancong ke Jepun dan baca bahan-bahan digunakan sebelum membeli.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?