Kita sering disogok dengan kisah lelaki atau suami yang tidak bertanggungjawab, namun kisah kali ini benar-benar membuka mata orang ramai.

Baru-baru ini, kisah pasangan suami isteri Nurliyana dan Taufiq menjadi perhatian netizen. Rata-rata tersentuh dengan pengorbanan seorang suami yang sanggup menjaga isterinya yang sakit teruk.

BACA: Ucapan Birthday Buat Isteri Di Sukan SEA Viral

Tidak semua lelaki sanggup berkorban untuk bersama ketika susah senang, namun lelaki ini adalah contoh lelaki terbaik yang berada si samping isteri yang menghidap penyakit Teriod.

Contoh lelaki & suami terbaik

Menerusi Tweet oleh lelaki bernama Ayim ini, dia menjadikan suami Nurliyana sebagai lelaki atau suami yang boleh dijadikan contoh terutama pada lelaki di luar sana. Rupanya masih wujud lagi lelaki berhati mulia yang sanggup bersama isterinya dalam apa jua keadaan.

Bukti tak semua lelaki sampah

Tahu penyakit isteri sebelum berkahwin

Lebih mengagumkan, rupanya Taufiq sudah pun mengetahui keadaan kesihatan isterinya yang mengalami masalah buah pinggang sebelum melamar Nurliyana untuk berkahwin.

Diharap ramai lelaki di luar sana lebih menghargai isteri dan sentiasa bersama ketika susah senang seperti Taufiq. Mari kita sama-sama doakan agar Nurliyana kembali sihat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore