Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac

Jangan lupa minum banyak air kosong, sediakan payung, sunblock, tuala dan peralatan yang boleh lindungi kulit anda daripada cuaca panas. Ia berikutan fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

BACA: Rahsia Lantai Masjidil Haram Sejuk Walau Cuaca Panas

Menurut laporan lagi, lazimnya, ketika fasa akhir monsun timur laut ini, memang akan berlaku kenaikan suhu berikutan kekurangan hujan yang mana suhu yang dicatatkan sekarang adalah 34 hingga 36 darjah Celsius berbanding suhu biasa 32 hingga 34 darjah Celsius.

Bagaimanapun fenomena cuaca panas itu tidak berlaku di negeri-negeri pantai timur dan Sarawak.

“Bulan Februari ini memang taburan hujan yang dicatatkan sangat rendah terutama di negeri utara yang mana ada tempat yang langsung tidak menerima hujan. Kebanyakan negeri di utara mencatatkan hujan di bawah 50 milimeter (mm) dengan bilangan hari hujan yang dicatatkan hanyalah lima hari sebulan,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan peralihan monsun iaitu sekitar hujung Mac hingga Mei kerana ketika peralihan monsun, kadar hujan dijangka meningkat dan suhu dijangka beransur menurun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi


«