Jika anda suka menonton video makan-makan, pasti anda tahu makan sotong kurita hidup-hidup kini menjadi satu trend. Meskipun tahu risiko jika makan sotong tersebut hidup-hidup boleh menyebabkan tercekik, namun ramai yang seperti tidak ambil peduli.

Baru-baru ini, malang menimpa seorang vlogger ini apabila mukanya disedut oleh haiwan laut tersebut.Video vlogger itu tersebar di media sosial dimana gadis itu merakamkan siaran langsung untuk memakan seorang sotong kurita hidup-hidup.

BACA: Sotong Gergasi Tewas Di Filipina

Bagaimanapun, haiwan laut itu melekapkan sesungutnya ke wajah gadis itu. Rakaman menunjukkan gadis itu menjerit dan bergelut untuk menarik sotong tersebut.

Apabila berjaya melepaskan sotong dari wajahnya, gadis itu menyedari kesan sedutan sotong itu menyebabkan luka kecil pada pipinya hingga berdarah.

Menurut laporan, gadis itu memberitahu penonton bahawa dia akan memakan sotong tersebut di dalam video akan datang.

Video tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpihak kepada sotong tersebut. Malah ada yang menggelarkan wanita itu bodoh. Rata-rata netizen berpendapat gadis itu memang patut  menerima pembalasan kerana menyeksa haiwan laut berkenaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥