Bukan mudah hidup di zaman serba mahal ini, namun sebuah Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, menawarkan ayam pada harga 30 sen sahaja seekor hari ini.

Menurut Pegarah Eksekutif syarikat tersebut, Mazlina Makaruddin, pihaknya menawarkan 150 ekor ayam pada harga yang ‘tidak masuk akal’ itu berbanding harga asal antara RM7.50 hingga RM8 sekilogram sebagai menghargai sokongan para pelanggan setia sempena ulang tahun ke 30 penubuhan syarikat itu.

BACA: Jual Nasi Ayam RM1, Bantu Golongan Kurang Mampu

“Jualan harga ayam yang murah ini bertujuan berkongsi rezeki dan memberi pulangan balik hasil perniagaan tersebut kepada pelanggan. Selain itu, hasil yang kita peroleh digunakan untuk kerja-kerja tanggangjawab sosial korporat (CSR) seperti membantu naik taraf masjid.

Pelanggan sanggup datang beratur seawal 6.40 pagi untuk mendapatkan kupon pembelian ayam pada harga 30 sen, namun kaunter hanya dibuka pada pukul 7.30 pagi dan dalam tempoh kurang sejam kupon tersebut telah habis

“Bagi pelanggan yang tidak mendapat kupon, mereka masih boleh mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5.99 seekor berbanding harga biasa RM6.49 seekor dan untuk hari ini di mana sebanyak 15,000 ekor ayam disediakan bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya kepada BH Online.

Selain ayam, pihaknya juga turut menghadiahkan 30 motosikal dan 300 periuk nasi elektrik kepada pelanggan dalam cabutan bertuah.

Diharap kisah peniaga ini dapat dijadikan inspirasi oleh peniaga lain dengan tujuan untuk berkongsi rezeki dan membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi