Semalam, berita jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraan selepas 19 tahun berbakti dalam dunia sukan tanah air mengejutkan rakyat Malaysia.

Menerusi Facebook rasmi, lagenda negara ini memuat naik satu kenyataan ucapan terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan peminat di atas sokongan yang diberikan selama ini.

BACA: Suka Makan Ikan Kering Risiko Derita Kanser Hidung

Menurut Chong Wei, beliau tidak mampu lagi bermain badminton berikutan risiko kanser kembali agak tinggi jika beliau terus berlatih seperti dulu.

Jelasnya, impiannya sejak dari kecil untuk mewakili negara dalam sukan badminton sudah pun berjaya. Katanya lagi, beliau akan meridui saat-saat berdiri di podium sambil melihat bendera dinaikkan dan mendengar lagi Negaraku dilaungkan.

Luahan terakhir Chong Wei itu ternyata mengundang sebak peminat sukan tanah air. Malah ramai yang berterima kasih di atas jasa lagenda itu yang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Terima kasih Datuk Lee Chong Wei di atas sumbangan besar beliau pada negara. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi