Budaya ‘cop parking’ bukanlah sesuatu yang baru meskipun sudah beberapa kali media melaporkan bahawa ianya satu kesalahan. Malah meletakkan objek di kawasan parkir juga boleh didenda dan dipenjara.

Apa yang membahayakan mengenai cop parking adalah ianya menimbulkan rasa tidak puas hati pemandu lain yang sudah berada di parkir tersebut sehingga boleh mencetuskan perbalahan.

BACA: Cop Parking Di Mana-Mana Premis Boleh Dipenjara & Denda

Seperti yang dikongsikan oleh netizen bernama Syafiqa yang merakamkan satu kejadian dipercayai berlaku di Berjaya Times Square.

Menerusi video itu, memaparkan seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan suami isteri tiba-tiba berlari untuk ‘cop parking’ walaupun sebuah kereta Myvi sudah bersedia untuk masuk ke parkir tersebut.

Lelaki tersebut kemudian kembali ke kenderaannya sementara isterinya menunggu untuk menjagar parkir tersebut. Situasi tersebut menyebabkan pemandu Myvi tadi yang menunggu berang dan menjerit memarahi pasangan tersebut.

Lelaki yang baru saja meletakkan kenderaannya kemudian membalas jeritan dan bertindak menampar pemandu Myvi.

 

Menurut Syafiqa, dia dan rakannya bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pengawal keselamatan menyebabkan pasangan tersebut beredar dari tempat kejadian.

Dalam pada itu, Syafiqa berkata, pemandu Myvi tersebut yang cedera ringan enggan membuat laporan polis kerana dia seorang rakyat asing.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan pasangan tersebut yang disifatkan melampau dan biadap.

Mungkin sudah sampai masanya tindakan tegas perlu dikenakan pada mereka yang ‘cop parking’ sebagai pengajaran. Apa pendapat anda?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2