Cuti semester persekolahan akan bermula tidak lama lagi atau sudah bermula selepas cuti pertengahan tahun, mungkin anda sudah mula merancang untuk keluar bercuti bersama keluarga.

Jika anda sudah ada perancangan untuk bercuti, keluarga anda termasuk dikalangan penduduk Asia yang paling kerap keluar bercuti di dunia.

Pelancong Asia mengambil lebih daripada dua ganda pelancongan keluarga berbanding keluarga di Barat

Dalam satu kaji selidik baharu daripada Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang, telah mendedahkan bahawa 7 daripada 10 keluarga di dunia mengambil cuti sekurang-kurangnya dua kali setahun, dengan pelancong Asia mengambil lebih daripada dua ganda pelancongan keluarga berbanding keluarga di Barat (lima kali setahun berbanding dua).

Kaji selidik Agoda `Trend Percutian Keluarga 2018’, yang dilakukan oleh YouGov, mendapati 18% pelancong di dunia melakukan hanya satu percutian keluarga setahun, manakala lebih 34% telah mengambil lebih lima kali percutian keluarga pada tahun sebelum ini.

Asia menguasai trend berbilang cuti ini dengan 77% pelancong dari Thailand dan 62% dari Filipina, mengakui mereka telah mengambil lebih lima kali percutian keluarga pada tahun sebelum ini. Sebaliknya, hanya 7% pelancong British berbuat demikian, dengan UK paling berkemungkinan (34%) melakukan hanya satu percutian.

Pelancong Asia gemar bercuti bersama keluarga

Pelancong Asia menganjurkan lebih banyak percutian keluarga berbilang generasi dan lanjutan.

Kaji selidik Agoda juga melihat kepada siapa yang dimasukkan dalam percutian keluarga dan mendapati bahawa walaupun 35% pelancong global bercuti bersama datuk dan nenek mereka.

Pelancong dari UK dan Australia adalah paling jarang untuk melakukannya, dengan hanya 13% dan 20% yang melakukannya. Thailand (66%) dan Indonesia (54%) berkemungkinan besar akan membawa datuk dan nenek mereka bercuti.

Hotel menjadi pilihan

Agoda `Trend Percutian Keluarga 2018’ juga mendedahkan bahawa hotel masih menjadi tempat penginapan paling popular bagi keluarga, diikuti oleh rumah percutian, B&B dan resort yang menawarkan segala-galanya.

Kos, keselamatan dan aktiviti adalah pertimbangan utama apabila mereka merancang percutian keluarga berbanding percutian tanpa keluarga atau berseorangan.

Dengan masa bekerja lebih panjang dan pelbagai gangguan daripada kehidupan moden yang menghalang keluarga daripada menghabiskan masa bersama antara satu sama lain setiap hari.

Tidak menghairankan bahawa pelancong di seluruh dunia banyak menantikan masa berkualiti keluarga (68%) dalam percutian keluarga. Berehat (66%) dan mencuba sesuatu baharu (46%) masing-masing menjadi pilihan kedua dan ketiga.

Ini ‘Trend Kembara Keluarga 2018’ bagi Malaysia

  1. Sebanyak 74% pelancong Malaysia telah mengembara bersama keluarga teras mereka sebelum ini, 37% bersama datuk dan nenek/ dan atau cucu dan 19% dengan ahli keluarga lain
  2. Secara purata, rakyat Malaysia bercuti bersama keluarga empat kali pada tahun lepas
  3. Jumlah hari antara 4-7 malam adalah tempoh paling popular
  4. Pelancong Malaysia menantikan masa yang berkualiti dengan keluarga (80%), berehat (70%) dan mencuba sesuatu yang baru (52%) semasa melancong bersama keluarga
  5. Tiga kebimbangan utama rakyat Malaysia ialah jatuh sakit (44%), standard penginapan (19%) dan berselisih faham dengan anggota keluarga (16%)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉

Sumber: SinarHarian