Meskipun bercinta jarak jauh, namun ia tidak menjadi penghalang buat lelaki ini yang sanggup memandu kereta sejauh 25,000 kilometer untuk mengahwini kekasihnya yang merupakan seorang warga Jerman.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Hayasyi86, pemuda tersebut Engku Mohammad Hadri Engku Hassan, memulakan perjalanan sejak Isnin lalu menaiki Toyota AE86.

BACA: Kecewa Cinta Ditolak, Pelajar Tingkatan 1 Cuba Bunuh Diri

Dari Kuala Lumpur, Hadri bakal merentasi 25 negara ke China, Mongolia, Latvia, dan Rusia selama 3 bulan sebelum sampai ke destinasinya.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2007, ketika itu Hadri berkunjung ke Jerman atas urusan kerja.

Dua tahun kemudian, Hadri kembali ke Jerman bersama sekuntum bunga dan sekeping surat untuk meluahkan perasaannya dan menjalin hubungan yang lebih serius.

Difahamkan, Hadri sudah melamar kekasihnya setahun yang lalu dan demi memegang janjinya dia kini sedang memandu ke sana untuk mengahwini wanita tersebut.

Usaha Hadri ini turut mendapat sokongan dan galakan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta tajaan tayar dari Yokohama.

Menurut Hadri, dia memilih Toyota AE86 kerana dia percaya dengan kehandalan dan ketahanan kereta tersebut untuk perjalanan jarak jauh.

Difahamkan, semalam Hadri selamat tiba di sempadan Thailand dan perjalanannya berjalan lancar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?